Webinar Nadi X Cybersecurity - Bahaya Serangan Malware
6 Mac 2026 | Aktiviti TerkiniPada 5 Mac 2026, Hari Khamis – Nadi Bengoh Telah Menganjurkan Satu Sesi Webinar Bahaya Serangan Malware yang berlangsung pada 5 Mac 2026 dari jam 2.00 petang hingga 3.30 petang melalui platform pembelajaran LMS Cybersecurity. Program ini telah disertai oleh seorang peserta tempatan yang hadir bagi meningkatkan pengetahuan mengenai keselamatan siber.
Webinar ini merupakan sebahagian daripada inisiatif NADI x Cybersecurity Lifelong Learning yang bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat tentang ancaman malware serta langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil ketika menggunakan internet dan peranti digital.
Sepanjang sesi berlangsung, peserta telah didedahkan dengan maklumat berkaitan jenis-jenis serangan malware, cara malware boleh menjangkiti komputer atau telefon pintar, serta kesan yang boleh berlaku seperti kecurian data, kerosakan sistem dan pencerobohan maklumat peribadi. Selain itu, peserta turut mempelajari beberapa langkah keselamatan seperti penggunaan perisian antivirus, mengelakkan pautan mencurigakan dan memastikan perisian sentiasa dikemas kini.
Program ini terbuka kepada pelajar, ibu bapa dan golongan dewasa yang mempunyai akaun LMS Cybersecurity serta berdaftar sebagai ahli NADI. Melalui program seperti ini, pihak NADI Bengoh berharap masyarakat setempat dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan keselamatan siber dan lebih berhati-hati dalam melayari dunia digital.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: